KURSUS INTENSIF REKAAN PELAMIN & DEKORASI PERKAHWINAN
Kursus Intensif Pelamin & Dekorasi Perkahwinan ini terbuka untuk semua individu yang ingin belajar cara-cara membuat dan memasang pelamin juga cara untuk membuat dekorasi perkahwinan seperti gubahan bunga,hiasan tangga,hiasan dewan,hiasan pintu gerbang dll. Formula pembelajaran yang sungguh berkesan daripada tenaga pengajar yang sungguh berpengalaman merupakan ciri-ciri istimewa kursus ini berbanding dengan mana-mana bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh pihak lain. Kursus ini berbentuk demonstrasi menggunakan bunga hidup dan tiruan (Fresh & Artificial flowers).
Antara yang dipelajari di dalam kursus ini ialah;
Mengetahui jenis-jenis pelamin; moden/tradisional/kontemporari di rumah &
dewan.
Teknik-teknik memasang & menghias pelamin
Teknik pendawaian lampu hiasan (spotlight /fairy light /chandelier)
Teknik-teknik memasang & menghias pintu gerbang 'arch'.
Hiasan Tangga & Hiasan Dewan.
Gubahan bunga dan hiasan meja makan pengantin
Gubahan bunga pegang pengantin
Gubahan tiang-tiang bunga.
Teori analisis kos bahan/operasi & titik pulang modal perniagaan pelamin &
dekorasi.
Teori analisis strategi perletakkan harga & promosi